UMW Toyota Catat Jualan Hampir 8,000 Unit Bulan Lalu, Corolla Cross Terlaris

LocalBusiness & Finance
12 Apr 2025 • 9:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

UMW Toyota Motor (UMWT) terus mencatat prestasi memberangsangkan setelah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,929 unit kenderaan sepanjang Mac 2025. Jumlah ini sekaligus melonjakkan jualan keseluruhan tahun setakat ini (YTD) kepada 19,944 unit.

Prestasi ini juga merupakan satu peningkatan ketara berbanding Februari lalu yang merekodkan 6,632 unit, didorong oleh keyakinan pengguna yang berterusan dan permintaan pasaran yang semakin meningkat.

Corolla Cross Facelift Tarik Perhatian Pembeli

image is not available

Toyota Corolla Cross Facelift yang dipertontonkan di KLIMS 2024

Menurut UMWT, antara penyumbang utama kepada peningkatan ini adalah model Toyota Corolla Cross versi facelift yang diperkenalkan semasa KLIMS 2024. Model SUV itu kini ditawarkan dalam tiga varian termasuk versi sporty GR Sport yang dijual pada harga RM148,800.

image is not availableimage is not available

Jualan keseluruhan Corolla Cross yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2021 kini mencecah 23,031 unit

Dilancarkan buat pertama kali di Malaysia pada tahun 2021, Corolla Cross telah mencapai jumlah jualan terkumpul sebanyak 23,031 unit setakat ini, membuktikan minat yang tinggi dalam kalangan pengguna tempatan terhadap teknologi hibrid Toyota.

Komitmen Terhadap Mobiliti Rendah Karbon

Presiden UMWT, Datuk Ravindran K, berkata pencapaian ini selari dengan strategi jangka panjang Toyota untuk mencapai neutral karbon melalui pelbagai pendekatan.

“Teknologi hibrid memainkan peranan penting dalam menyediakan penyelesaian mobiliti yang lebih bersih dan pintar, sejajar dengan keperluan pelanggan yang semakin berubah,” jelas beliau.

Kempen Raya Pacu Momentum Jualan

UMWT juga yakin prestasi ini dapat diteruskan menerusi kempen promosi Aidilfitri yang sedang berlangsung. Pelanggan dapat menikmati insentif bernilai sehingga RM9,500 serta pilihan pembiayaan fleksibel serendah RM658 sebulan.