UMW Toyota Kekal Momentum Suku Kedua Melalui Pilihan Mobiliti Lebih Luas dan Inovasi Berfokuskan Pelanggan

LocalCars
10 Jul 2026 • 2:55 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: UMW Toyota Kekal Momentum Suku Kedua Melalui Pilihan Mobiliti Lebih Luas dan Inovasi Berfokuskan Pelanggan

SHAH ALAM, 9 Julai 2026 – UMW Toyota Motor (UMWT) meneruskan prestasi positif pada suku kedua 2026 apabila merekodkan jualan melebihi 7,300 unit pada Jun 2026, sekali gus menjadikan jumlah jualan bagi suku kedua melepasi 20,800 unit, manakala jualan terkumpul bagi tahun ini kini melebihi 36,200 unit.

Prestasi tersebut mencerminkan keyakinan berterusan pengguna terhadap rangkaian model Toyota, disokong oleh penawaran model elektrifikasi yang semakin berkembang, penglibatan pelanggan yang lebih kukuh serta usaha berterusan dalam menyediakan penyelesaian mobiliti yang praktikal dan memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Sepanjang suku kedua, UMWT terus memperkukuhkan Strategi Elektrifikasi Multi-Pathway Toyota dengan menawarkan pelbagai pilihan teknologi yang disesuaikan mengikut gaya hidup dan tahap kesediaan pelanggan terhadap mobiliti rendah karbon.

Antara model yang menjadi tunjang strategi ini ialah barisan Battery Electric Vehicle (BEV) seperti Toyota bZ4X, Urban Cruiser BEV dan Hilux BEV, selain pengenalan Toyota Yaris Cross serba baharu yang ditawarkan dalam varian enjin pembakaran dalaman (ICE) serta hibrid elektrik (HEV). Pendekatan ini memberi kebebasan kepada pelanggan memilih teknologi yang paling sesuai dengan keperluan pemanduan harian mereka.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., berkata prestasi positif suku kedua menunjukkan keyakinan pelanggan terhadap produk Toyota serta pilihan teknologi yang ditawarkan syarikat.

“Komitmen kami bukan sekadar memperkenalkan produk baharu. Kami memberi tumpuan kepada pembangunan ekosistem yang menawarkan lebih banyak pilihan, keyakinan dan kemudahan kepada pelanggan sepanjang tempoh pemilikan kenderaan. Melalui pendekatan Multi-Pathway, inovasi mobiliti masa depan serta pelbagai inisiatif pemilikan, kami terus menyediakan penyelesaian yang praktikal, boleh dipercayai dan relevan untuk rakyat Malaysia.”

Image from: UMW Toyota Kekal Momentum Suku Kedua Melalui Pilihan Mobiliti Lebih Luas dan Inovasi Berfokuskan Pelanggan

Selain memperluaskan penawaran produk, UMWT turut meningkatkan pengalaman pemilikan menerusi program Toyota Extra Mile, yang direka untuk menyokong pelanggan selepas pembelian melalui enam teras utama iaitu Extra Rewards, Extra Protection, Extra Convenience, Extra Peace of Mind, Extra Security dan Extra Care.

Program ini menawarkan pelbagai manfaat termasuk ganjaran eksklusif, perlindungan kenderaan, akses servis yang lebih mudah, jaminan tambahan, ciri keselamatan serta sokongan penjagaan pelanggan bagi memberikan nilai tambah dan ketenangan sepanjang pengalaman memiliki Toyota.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk, perkhidmatan dan aktiviti Toyota di www.toyota.com.my atau mengunjungi mana-mana pusat jualan Toyota yang sah di seluruh negara.

The post UMW Toyota Kekal Momentum Suku Kedua Melalui Pilihan Mobiliti Lebih Luas dan Inovasi Berfokuskan Pelanggan appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved