Uncle Kongsi Kisah Peti Suara Dibuang, Kini Bergantung Alat Bantuan Untuk Bercakap

Entertainment
7 Dec 2023 • 5:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebiasaannya kita didedahkan dengan awareness mengenai kesan daripada merokok yang boleh menyebabkan kerosakan paru-paru, masalah jantung, kesuburan dan lain-lain. Akan tetapi, tak ramai antara kira yang tahu kesan merokok juga boleh meningkatkan risiko kanser peti suara.

Seperti video yang dikongsi oleh @nadianozula di TikTok miliknya, dia sedang menemu ramah seorang pak cik yang menghidap kanser peti suara.

@nadianozula

Peringatan utk perokok dan juga suami sy.. kanser tu adalah pilihan Allah swt tp kita perlu berusaha utk berjaga2.. #kanserpetisuara #canserawerness #kesedarankanser #putrajaya #perbadananputrajaya #diettanpaproduk

♬ original sound – Nadia Nozula – Nadia Nozula

Bercakap kepada Lobak Merah, Nadia Nozula pada ketika itu sedang menghadiri program kesedaran kanser anjuran Malaysian Laryngectomees Association yang diadakan di Perbadanan Putrajaya baru-baru ini.

Dalam video itu, dia singgah di booth Persatuan Kanser Peti Suara dan berjumpa dengan seorang pak cik yang menghidap penyakit itu.

Second smoker pun berbahaya?

Pak cik itu berkata, antara punca kanser itu terjadi adalah disebabkan menghisap rokok dan simptom awal penyakit itu adalah suara serak dan batuk berterusan Selain itu, perokok pasif ataupun second smoker juga berisiko untuk menghidap kanser ini.

Guna alat bantuan untuk bercakap

Pakcik itu turut berkongsi kisah hidupnya yang sebelum ini ada membuat rawatan radioterapi tetapi sakit itu tetap kembali. Oleh itu, doktor membuat keputusan untuk membuang sahaja peti suara pak cik tersebut.

Kini, sudah 13 tahun dia menggunakan alat bantuan khas yang perlu diletakkan di bahagian leher untuk bercakap dengan orang lain.

Melihat di ruangan balas, ramai warganet berkongsi kisah ahli keluarga mereka yang juga menghidap kanser peti suara.

image is not available

Min pun baru tahu antara punca kanser peti suara ni adalah rokok.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.