Suami Peserta eHati Dedah ‘Aktiviti’ Program, Isteri Puaskan Nafsu Guna Alat Kristal – “Saya Dah Mula Rasa Syak”

15 Jul 2025 • 3:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu pendedahan mengejutkan muncul menerusi podcast penyanyi dan aktivis kemanusiaan Caprice di YouTube, apabila seorang lelaki mendakwa isterinya pernah menyertai sebuah program motivasi yang mengamalkan perkara tidak bermoral.

Menurut lelaki terbabit, isterinya menyertai program itu secara dalam talian sejak 2019 sebelum hadir secara fizikal pada tahun lalu. Namun, pendedahan mengejutkan tentang penggunaan kristal sebagai alat untuk memuaskan nafsu dalam kalangan peserta membuatkan dirinya tidak senang.

“Saya tak kisah kalau ilmu tu bagus, tapi bila dah canggah tatasusila Melayu Islam, saya mula rasa tak best. Isteri pernah cerita, ada peserta guna kristal sebenarnya ‘dildo’ untuk puaskan nafsu,” katanya.

Lebih mengejutkan, dakwaan tersebut turut disahkan oleh seorang bekas pekerja syarikat penganjur program motivasi berkenaan yang turut dijemput sebagai tetamu dalam podcast Caprice.

image is not available

“Ya betul, ia memang macam dildo… tapi fungsi dia sama,” ujar wanita tersebut dengan nada serius.

Pendedahan ini nyata mengejutkan ramai pihak dan mencetuskan persoalan mengenai apa sebenarnya yang berlaku di sebalik program yang dikatakan berbentuk motivasi ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-07-15 12:38:34

"Apa Salah Diyana Tahir Buka Baju Dan Menari Eksotik Di IDCC?" - Hantaran Pengikut Taksub eHati Jadi Tumpuan Ramai