‘Undi PH demi selamatkan kestabilan negeri, negara’ - Penganalisis

LocalPolitics
23 Jul 2026 • 1:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: ‘Undi PH demi selamatkan kestabilan negeri, negara’ - Penganalisis
Norizan (gambar kecil) berpandangan, kemenangan PH di Negeri Sembilan pastinya mampu meredakan ura-ura untuk DAP meletakkan jawatan daripada semua jawatan politik di peringkat Persekutuan bagi memastikan Kerajaan Madani kekal utuh sehingga pilihan raya umum akan datang.

KUALA LUMPUR - Pengundi Negeri Sembilan harus bertindak bijak dengan sekali lagi memberi peluang kepada gabungan parti politik sealiran Kerajaan Persekutuan untuk mentadbir negeri berkenaan buat penggal seterusnya.

Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Sains Sosial, Universiti Antarabangsa Albukhary, Profesor Madya Dr Norizan Azizan berkata, ia penting bagi meredakan kemelut istana Negeri Sembilan yang tidak berkesudahan dan menjamin sokongan berterusan oleh Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi gandingannya dengan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

"Bagi kestabilan di peringkat nasional pula, kemenangan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu pastinya mampu untuk meredakan ura-ura untuk DAP meletakkan jawatan daripada semua jawatan politik di peringkat Persekutuan bagi memastikan Kerajaan Madani kekal utuh sehingga pilihan raya umum akan datang.

"Jadi, PRN Negeri Sembilan kali ini boleh dianggap amat penting untuk mencorakkan senario politik negara ketika negara berdepan pelbagai cabaran dalam dan luar negara sehingga kerajaan memutuskan untuk mengadakan PRU16," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, beliau mahu parti itu terus kekal dalam Kerajaan Persekutuan, namun akan menerima apa sahaja keputusan dibuat perwakilan pada kongres parti 16 Ogos ini.

Menurut Anthony, perkara itu akan diputuskan melalui undi sulit kira-kira 3,000 hingga 4,000 perwakilan, dan beliau akan menghormati keputusan tersebut walaupun ia bertentangan dengan pendirian kepimpinan parti.

Dalam pada itu, Norizan berkata, pengundi di Negeri Sembilan terutama pengundi muda harus bertindak bijak memilih gabungan parti politik yang terbaik untuk mentadbir negeri berkenaan buat penggal seterusnya.

Katanya, ini penting bagi menangani kemelut istana yang belum reda dan menjamin kestabilan politik dalam membentuk pentadbiran kerajaan terbaik buat Negeri Sembilan.

“PRN Negeri Sembilan ini dilihat penting untuk mencorakkan lanskap politik negara yang ketika ini berdepan pelbagai cabaran dalam dan luar negara sehingga kerajaan memutuskan untuk mengadakan PRU16,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved