Undi18: KPM sedia kaji cadangan pilihan raya pengawas

Politics
24 Oct 2023 • 10:19 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Hui Ying

Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia dan terbuka untuk mengkaji cadangan memperkenalkan pilihan raya melibatkan pemilihan pengawas di peringkat sekolah menengah sebagai usaha memperkasakan pendidikan literasi politik.

Timbalan menteri berkenaan, Lim Hui Ying berkata, cadangan berkenaan dilihat baik untuk pendedahan awal dalam literasi politik selaras dengan pelaksanaan Undi18.

“Cadangan berkaitan pemilihan pengawas itu amat baik, kami sedia untuk kaji cadangan itu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) yang mencadangkan agar KPM meneliti kesesuaian melaksanakan pilihan raya melibatkan pemilihan pengawas di sekolah menengah sebagai sebahagian kurikulum literasi politik dan persediaan pengundi berumur 18 tahun. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved