Ungu ingin bikin konsert skala besar di Sabah

1 Dec 2023 • 3:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUMPULAN popular Indonesia, Ungu berharap untuk kembali ke Sabah selepas menjayakan Konsert Ungu Di Bawah Bayu di Penampang, baru-baru ini.

Vokalisnya, Pasha atau nama lengkapnya Sigit Purnomo Said menyifatkan kubu peminatnya di Sabah antara yang terbesar dan berharap dapat mengadakan konsert berskala besar pada masa akan datang.

Meluahkan penghargaan, Pasha berkata dia dan Ungu sangat berterima kasih atas sambutan hangat peminat band itu di Sabah yang tetap setia menanti kehadiran mereka selepas lapan tahun.

Kali terakhir mereka mengadakan persembahan di Sabah adalah pada Konsert Ungu Mozaik Tour 2015 di 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu.