Ungu, Nidji, Rossa, Fabio Asher & Exist Bergabung Dalam Konsert Galau The Finale Februari 2025!

6 Dec 2024 • 8:44 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selepas kejayaan besar dengan penjualan tiket habis terjual pada tahun lalu, SAH Entertainment sangat teruja untuk mengumumkan kembalinya Konsert Galau anjuran mereka.

Bagi edisi kali ini, pihak penganjur bakal menampilkan sebuah konsert yang lebih menarik dan menamakannya sebagai Konsert Galau The Finale.

Konsert itu akan berlangsung pada 22 Februari 2025 di Arena @ EXPO dan menjanjikan malam yang tidak dapat dilupakan dengan persembahan daripada beberapa nama besar dalam industri muzik Indonesia dan Malaysia.