Kerajaan Malaysia mengambil langkah menghentikan sementara proses pendaftaran pelarian oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP).
Keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri itu dibuat bagi menstruktur semula sistem pengurusan pelarian supaya lebih teratur serta berada di bawah pemantauan penuh kerajaan.
AdvertisementView this post on Instagram
Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pelaksanaan DPP penting bagi memastikan pengurusan data pelarian dapat dilakukan dengan lebih sistematik.
“Melalui DPP, kerajaan dapat menguruskan data dengan lebih teratur, termasuk untuk tujuan penyelarasan data, pengesahan identiti, pemantauan, dan kawal selia tanpa bergantung kepada rekod mana-mana entiti asing,” jelas beliau ketika menjawab soalan di Dewan Negara.
Beliau turut memaklumkan bahawa proses pendaftaran DPP akan melalui tapisan yang ketat dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan bagi mengelakkan kemasukan pendatang tanpa izin pada masa hadapan.
Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menegaskan bahawa kerajaan memandang serius proses pemberian kad pelarian oleh UNHCR yang disifatkan terlalu longgar.
Menurut beliau, pejabat UNHCR di Malaysia dilihat menjadi tarikan kepada lebih ramai pelarian, khususnya etnik Rohingya, untuk memasuki negara ini.
View this post on Instagram
Mohamad turut mendedahkan terdapat pemohon yang membuat permohonan secara dalam talian ketika masih berada di Myanmar sebelum datang ke Malaysia hanya untuk mengambil kad pelarian tanpa melalui saringan keselamatan yang sewajarnya.
“Kita mahukan kerjasama dan saringan yang ketat. Jika mereka tidak mahu bekerjasama, pada pendapat saya, kita patut mempertimbangkan semula kehadiran UNHCR di negara ini supaya kita tidak terus terbeban,” tegas beliau.
Beliau berkata, perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet bagi mempercepatkan perjanjian antara kerajaan dan UNHCR untuk menetapkan garis panduan pengurusan pelarian yang lebih ketat.
Untuk rekod, sehingga Februari lalu, Malaysia menempatkan kira-kira 215,600 pelarian dan pencari suaka, dengan 193,824 orang daripadanya berasal dari Myanmar, termasuk lebih 64,680 kanak-kanak berusia bawah 18 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rakyat Malaysia Ma*t Ditik*m Di Korea Selatan, Adik Dakwa Mangsa Cuba Bantu Rakan Leraikan Pergaduhan
The post “UNHCR, Beri Kerjasama Atau Angkat Kaki” – Tok Mat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





