113 Pelarian Sudah Dilepaskan, Dipindahkan Ke 3 Negeri Ini

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 12:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

pelarian rohingya

Kumpulan 113 pelarian yang sebelum ini ditempatkan sementara di Dataran Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kini sudah dipindahkan ke lokasi di tiga negeri ini dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Polis Hoo Chang Hook, kesemua pelarian itu telah dilepaskan oleh pihak polis untuk bergerak ke lokasi yang ditetapkan.

Beliau berkata, daripada keseluruhan 113 pelarian, seramai 66 orang ditempatkan di Kuala Lumpur, manakala 29 orang di Selangor dan 18 orang lagi di Pulau Pinang.

FW1580442 KL41 28072026 ROHINGYA IPKKL scaled e1785227137619

Menurutnya, pemilihan destinasi itu dibuat berdasarkan kewujudan kenalan dan ahli keluarga mereka di destinasi berkenaan bagi memudahkan urusan selepas ini.

“Destinasi pilihan pelarian terbabit adalah ke Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang semula berdasarkan kenalan dan saudara mara mereka di destinasi terbabit,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kumpulan pelarian terbabit dibenarkan meninggalkan IPK Kuala Lumpur sekitar jam 4 petang untuk dipindahkan ke lokasi baharu yang diuruskan NGO dan UNHCR. Bagaimanapun, lokasi penempatan itu tidak didedahkan oleh pihak berkuasa.

Kumpulan itu terdiri daripada 110 pelarian Rohingya, termasuk 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan serta seorang lelaki Iraq, seorang wanita Somalia dan seorang wanita Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved