Unifi Mobile Tawar Data Besar, Kelajuan 5G Tanpa Batas Sepanjang Hari!

Digital
22 Mar 2024 • 11:23 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Zaman sekarang ni, liputan dan kelajuan internet tanpa gangguan adalah keperluan asas lebih-lebih lagi sekarang ini semuanya dah boleh dibuat melalui telefon pintar, asalkan ada aplikasi dan sambungan internet.

Kalau cerita pasal internet ni, baru-baru ni Unifi Mobile ada lancarkan pelan prabayar terbaharu iaitu UNI5G WOW. Kalau tanya min sebagai pengguna Unifi sejak sekian lama ni, pakej yang Unifi Mobile tawarkan ni memang puas hati, liputan toksah cakap lah, memang A plus! Jarang lah tak ada line. Kalau korang nak tahu, Unifi dinobatkan sebagai Juara Muat Turun 5G Terpantas Di Dunia oleh Opensignal* tau!

*Anugerah Opensignal – Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Global 5G, Kumpulan 1, Oktober 2023

Korang bayangkan lah eh, balik kampung atau masa bulan puasa ni, korang dapat nikmati data 5G + 4G tanpa had, kelajuan 5G tanpa batas sepanjang hari.

Paling best untuk tawaran terbaru ni, pengguna mempunyai pelbagai pilihan dan fleksibiliti untuk memilih pelan prabayar UNI5G WOW yang sesuai dengan keperluan gaya hidup korang macam contoh perlukan data tanpa had, panggilan tanpa had, hotspot dan sebagainya.

image is not available

Tak kiralah sama ada gunakan data untuk belajar, kerja atau suka-suka, pastinya semua mahukan liputan internet yang stabil dan tiada gangguan pada harga yang mampu milik.

Namun, tidak dinafikan, golongan ini juga mempunyai minat yang pelbagai seperti interaksi sosial, permainan atas talian, penstriman video dan penggunaan pelbagai aplikasi. Jadi, sambungan berkelajuan tinggi dan data yang besar amat diperlukan.

Untuk pengetahuan korang, pas data UNI5G WOW ni didatangkan dengan sambungan 5G tanpa sebarang caj tambahan. Apa yang membuatkan ramai bakal bertukar ke pelan ni ialah tawaran kelajuan 5G tanpa batas yang dapat dinikmati sepanjang hari!

Ini antara pelan yang dilancarkan baru-baru ini :

image is not available

UNI5G WOW 35

  • Data 5G/4G tanpa had
  • Kelajuan 5G tanpa batas, sepanjang hari
  • Panggilan tanpa had
  • Hotspot 10GB (5G/4G)
  • Tawaran Masa Terhad – PERCUMA Hotspot 50GB (5G)

Kalau korang perhatikan betul-betul pelan ni, ia memastikan data korang tak akan habis, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan & Syawal nanti. Korang boleh strim video keagamaan, tengok video ‘Hi Gais’ banyak-banyak kali, atau kekal berhubung dengan yang tersayang tanpa had.

Sekiranya korang nak bertukar ke pelan prabayar UNI5G WOW ni dengan kekalkan nombor asal, pek permulaan boleh didapatkan secara percuma melalui tawaran eksklusif secara online.

image is not available

Sebagai promosi eksklusif dalam talian, pek permulaan ini akan disertakan dengan :

  • Data 10GB (5G/4G)
  • Pas Larut Malam 5G Tanpa Had (untuk 3 hari bermula 1 pagi hingga 7 pagi)
  • Tempoh sah 30 hari

Selain itu, kalau korang nak gunakan data lebih sementara nak tunggu waktu sahur, korang juga boleh tambah pas UNI5G WOW Unlimited Larut Malam yang menyediakan data 5G/4G tanpa had bermula dari 1 pagi sehingga 7 pagi hanya RM3 sahaja.

Tak cukup dengan itu, untuk tempoh masa yang terhad korang juga akan menerima Reload Bonus iaitu PERCUMA Data 5GB (5G) apabila korang tambah nilai minimum sebanyak RM30 dan ia tersedia melalui online (aplikasi Unifi Mobile / portal laman web Unifi), cawangan TMpoint/Unifi Store, pengedar sah Unifi Mobile dan kedai serbaneka seperti 7-Eleven dan myNEWS.

Rasa macam nak bertukar tak? Cepat dapatkan UNI5G WOW sekarang juga!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.