Unik Dan Sekali Seumur Hidup, Tiket Coldplay Jadi Salah Satu Mas Kahwin Pasangan Ini

22 May 2023 • 5:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Tiba-tiba Chris Martin muncul bawa lagu ‘A Sky Full of Stars,’ – netizen

Unik Dan Sekali Seumur Hidup, Tiket Coldplay Jadi Salah Satu Mas Kahwin Pasangan Ini. Minggu lalu, Coldplay menjadi topik trending di Malaysia dan Indonesia ketika kedua-dua negara ini bersiap sedia untuk menjual tiket konsert band itu yang dijadualkan membuat persembahan di rantau ini pada November ini.

Baru-baru ini, Coldplay menjadi trending semula apabila tular video menunjukkan sebuah majlis akad nikah berlangsung di mana salah satu mas kahwin yang diberikan kepada pengantin perempuan adalah tiket Coldplay.

image is not available
Unik Dan Sekali Seumur Hidup, Tiket Coldplay Jadi Salah Satu Mas Kahwin Pasangan Ini

Antara mas kahwin pasangan

Video yang tular di media sosial itu menunjukkan sebuah pasangan dari Indonesia semasa majlis akad nikah mereka.

image is not available
Kredit: Twitter

Dalam video berkenaan, seorang wali pengantin perempuan dilihat bersalaman dengan pengantin lelaki sambil membaca akad pernikahan. Apa yang menarik perhatian netizen adalah tiket konsert Coldplay adalah salah satu mas kahwin yang diberikan. Kata wali,

Saya akan mengahwinkan puteri kandung saya, Anestasya Ayu Widiadhana, dengan mas kahwin 21 gram logam mulia, satu set persalinan solat, dan tiket Coldplay yang dibayar tunai.”

Pengantin lelaki pula menjawab,

Saya terima nikah dan nikah Anestasya Ayu Widiadhana dengan mas kahwin yang tunai.”

Anda boleh lihat video tersebut di bawah:

Minggu lalu, tiket konsert Coldplay telah dibuka untuk jualan yang menyebabkan ramai peminat ‘berperang’ untuk mendapatkan tempat dan tiket konsert yang dinanti-nantikan itu habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja.

Coldplay akan beraksi di rantau ini untuk jelajah dunia Music of the Sphere mereka pada November – di Stadium Bukit Jalil pada 22 November di Malaysia dan Stadium Utama Gelora Bung Karno pada 15 November. Ini juga merupakan konsert julung kalinya Coldplay di Malaysia.

Lagi di sini: