Unik Tapi Seram, Viral Kafe Atas Kubur Tarik Ramai Pelanggan

29 Jul 2022 • 3:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kafe atas kubur yang dilihat menyeramkan tapi masih dikunjungi ramai pelanggan tanpa menghiraukan makam-makam tersebut.

Kafe merupakan tempat yang sering dikunjungi oleh kita semua sebagai tempat untuk berkumpul dan berbual sambil menikmati makanan bersama secawan kopi.

Di Malaysia, tidak dinafikan terdapat pelbagai jenis kafe yang menawarkan dekorasi yang pelbagai sama ada mewah, klasik dan sebagainya. Selain itu, kafe juga menjadi tempat terbaik untuk menyelesaikan tugas lebih-lebih mereka yang berada dalam bidang seni kreatif.

Namun, setakat ini, tidak ada lagi yang berani membina sebuah kafe yang berkonsepkan suasana perkuburan kerana dianggap menyeramkan bagi sesetengah pihak.

Uniknya, sebuah kafe ini menjadi tumpuan orang ramai hingga tular di media sosial kerana dibina di atas tanah perkuburan di satu kawasan di India. Meskipun begitu, kafe atas kubur ini masih mendapat perhatian ramai yang datang berkunjung dan menjamu selera di kafe ini seperti biasa.

Memetik akhbar berita Liputan 6, video yang dikongsikan di aplikasi Tiktok milik @anakpelosokkalimantan memaparkan suasana di dalam kafe tersebut yang dipenuhi dengan kubur-kubur di sekelilingnya.

Difahamkan, kafe kubur tersebut terletak di sebuah daerah di India diberi nama Prindavan. Kubur-kubur tersebut dihiasi dengan pagar berwarna putih serta dicat.

Menerusi video tersebut, kelihatan juga para pelanggan yang sedang menikmati juadah makan yang disediakan oleh pihak kafe tanpa menghiraukan kubur-kubur yang berada di sekeliling mereka.

Kelihatan juga dahan dari sebatang pokok yang berada di tengah-tengah ruangan kafe tersebut menembusi bumbung premis tersebut.