UniMAP universiti awam pertama tawar platform LeapSpace

LocalTechnology
3 Nov 2026 • 4:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UniMAP universiti awam pertama tawar platform LeapSpace

PADANG BESAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencipta sejarah apabila menjadi universiti awam pertama negara menawarkan platform LeapSpace yang menyediakan akses kepada lebih 100 juta rekod saintifik bagi memperkasa penyelidikan dan penulisan akademik.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, platform berteraskan teknologi digital itu membolehkan warga universiti membuat pencarian maklumat, analisis penyelidikan, meneroka peluang dana serta menghasilkan penulisan ilmiah dengan lebih berkesan.

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen UniMAP untuk terus meneroka pendekatan baharu dalam penyampaian perkhidmatan ilmu khususnya melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI). Bagaimanapun, penggunaannya perlu dilaksanakan secara beretika dengan sentiasa mengutamakan ketepatan sumber, kesahihan maklumat dan integriti akademik,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kemudahan tersebut merupakan antara keistimewaan Perpustakaan Sains Sosial dan Kemanusiaan (PSSK) UniMAP yang dirasmikan Raja Muda Perlis merangkap Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Kampus UniCITI Alam, semalam.

Katanya, perpustakaan berkenaan dibangunkan berasaskan tiga zon utama iaitu Hub Digital, Hub Pembelajaran dan Hub Komuniti bagi menyediakan ekosistem pembelajaran moden, penyelidikan serta perkongsian ilmu kepada warga universiti dan masyarakat.

“Menerusi Hub Digital, pengguna boleh mengakses lebih 2.5 juta judul e-buku, jutaan artikel jurnal dan kertas persidangan selain Repositori UniMAP yang menyimpan hampir 100,000 objek digital termasuk rekod sejarah universiti serta negeri Perlis.

“Hub Pembelajaran pula menyediakan ruang pembelajaran kendiri dan berkumpulan, manakala Hub Komuniti menjadi platform kerjasama antara universiti, masyarakat serta industri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post UniMAP universiti awam pertama tawar platform LeapSpace appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved