UNIMAS Sambut Pelajar Baharu Dengan Persembahan Aina Abdul Buat Netizen Teruja

4 Oct 2024 • 12:37 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Persembahan Hebat Aina Abdul di Minggu Orientasi UNIMAS, Netizen Kata “Cara Betul Sambut Freshies”

UNIMAS Sambut Pelajar Baharu Dengan Persembahan Aina Abdul Buat Netizen Teruja. Tular di media sosial, khususnya di platform TikTok, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menarik perhatian ramai dengan cara unik mereka meraikan Minggu Orientasi pelajar baharu.

Apa yang menjadi perbualan hangat adalah jemputan khas penyanyi terkenal, Aina Abdul, untuk menghiburkan pelajar melalui persembahan yang memukau. Selain itu, terdapat juga persembahan tarian yang meriah, menambahkan lagi keceriaan dalam program tersebut.

image is not available
Kredit gambar: FB Mohamad Zul Hariz

Aina Abdul dan Cakra Khan Memeriahkan Minggu Orientasi UNIMAS

Inisiatif UNIMAS untuk membawa artis terkemuka ini telah mendapat pujian ramai netizen yang menyifatkan ia sebagai langkah yang tepat dan berbeza daripada program orientasi di institusi lain. Menurut mereka, acara sebegini bukan sahaja memberikan hiburan tetapi turut menunjukkan penghargaan kepada pelajar baharu yang akan memulakan perjalanan akademik mereka.

Netizen juga mengimbas kembali minggu orientasi tahun sebelumnya, di mana UNIMAS turut menjemput penyanyi terkenal dari Indonesia, Cakra Khan. Langkah konsisten universiti ini untuk menjemput artis bagi memeriahkan program orientasi pelajar jelas sekali mencuri tumpuan masyarakat.

Di sebalik pujian tersebut, ada juga perbandingan yang dibuat oleh netizen terhadap minggu orientasi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain, yang mana ada sesetengah program dilihat lebih cenderung kepada aktiviti-aktiviti yang kurang bermanfaat, seperti ‘prank’ atau aktiviti bersifat keterlaluan.

Persembahan hiburan yang dipersembahkan oleh artis ternama seperti Aina Abdul dan Cakra Khan bukan sahaja menghiburkan pelajar, malah membantu mencipta memori indah yang pastinya akan dikenang sepanjang tempoh pengajian mereka. Dengan cara ini, UNIMAS menunjukkan bahawa Minggu Orientasi bukan sekadar sesi perkenalan biasa, tetapi satu pengalaman yang menyeronokkan dan bermanfaat untuk pelajar baharu.

Baca juga artikel menarik di bawah: