UniSZA buat laporan polis ke atas pempengaruh, nafi dakwaan jual sijil akademik

LocalPolitics
9 Aug 2024 • 6:54 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membuat satu laporan polis berhubung kenyataan seorang pempengaruh yang mendakwa pihak universiti menjual sijil akademik.

Dalam satu kenyataan, pihak UniSZA juga akan mengambil tindakan undang-undang bagi menjaga kepentingan dan nama baik universiti.

“UniSZA memandang serius dakwaan berhubung penjualan sijil akademik yang dikaitkan UniSZA dalam media sosial.

“UniSZA tidak akan berkompromi dalam menjaga mutu program diploma dan ijazah pendidikan tinggi yang dikeluarkan selain diaudit oleh badan-badan akademik dan profesional bertauliah,” katanya.

Dalam kenyataan tersebut juga menggesa orang ramai agar sentiasa memastikan kesahihan maklumat di media sosial sebelum membuat sebarang komen dan ulasan lanjut.

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan seorang pempengaruh yang menyatakan universiti merupakan sebuah institusi yang ‘menjual’ kelayakan akademik atau ijazah.

Menerusi video berkenaan, pempengaruh itu menamakan UniSZA dan menyatakan dia merupakan pelajar disitu.

Namun difahamkan pempengaruh itu bukan lagi pelajar universiti berkenaan sebaliknya terkeluar daripada pengajiannya secara automatik setelah gagal mendaftarkan diri dalam dua semester berturut-turut

Sumber: UniSZA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved