Unit ‘Kegemaran’ Netizen Malaysia, Ini 4 Fakta Menarik Tentang Unit K9 Di Malaysia

1 Sep 2022 • 2:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Unit K9 bukan sekadar anjing comel tau!

Unit ‘Kegemaran’ Netizen Malaysia, Ini 4 Fakta Menarik Tentang Unit K9 Di Malaysia. Siapa sangka unit yang paling mendapat perhatian semasa perarakan Hari Kebangsaan baru-baru ini ialah Unit K9! Dengan memakai jaket dan but kecil mereka, anjing unit K9 menarik perhatian orang ramai – yang menganggap unit itu very comel!

But in all seriousness, anjing unit K9 bukan sahaja wujud untuk menjadi perhatian orang ramai kerana kecomelan mereka. Malah, apabila ia masa untuk bertugas, these dogs mean business! Jom ketahui 4 fakta menarik tentang unit K9 di Malaysia!

image is not available
Unit ‘Kegemaran’ Netizen Malaysia, Ini 4 Fakta Menarik Tentang Unit K9 Di Malaysia

1. Baka anjing yang berbeza diberikan tugas yang berbeza

Tahukah anda bahawa Unit K9 di Malaysia memberikan tugas yang berbeza kepada baka yang berbeza? Malah, empat tugas utama yang diberikan kepada mereka adalah pengesanan bahan haram, pembauan kadaver, penjejakan dan penguatkuasaan perintah awam.

Walaupun sesetengah baka anjing boleh dilatih untuk melakukan lebih daripada satu tugas, tugasan diberikan kepada baka anjing yang sesuai di mana kemahiran semula jadi mereka digunakan sepenuhnya untuk tugas masing-masing.

image is not available
Kredit foto: Kosmo Digital

Sebagai contoh, baka anjing yang sering ditugaskan untuk penjejakan (seperti menjejak orang atau objek hilang) adalah baka German Shepherd, Labrador, Bloodhound dan Golden Retriever. Hal ini kerana baka ini mempunyai deria bau yang sangat kuat dan pada asalnya digunakan sebagai anjing retriever semasa pemburuan.

Bagi tugasan penguatkuasaan perintah awam, iaitu kerja pengejaran suspek berlari dan penahanan suspek sehingga pegawai polis tiba, baka yang sering ditugaskan tugasan ini adalah Mastif Napoli, Bloodhound, Rottweiler dan Dutch Shepherd.

image is not available
Kredit foto: PDRM

Untuk pengesanan bahan haram, baka yang ditugaskan untuk ini adalah baka Beagle, Cocker Spaniel, Foxhound dan Basset.

Bagi tugasan pembauan kadaver, iaitu mengesan bau badan mereput untuk mencari mayat dan sisa manusia, baka yang ditugaskan tugas ini adalah baka Beagle, Labrador, German Shepherd dan Golden Retriever.

image is not available
Kredit foto; cilisos

2. Tahu masa untuk bertugas apabila memakai jaket

Antara perkara yang paling menonjol semasa perarakan Hari Kebangsaan baru-baru ini ialah anjing-anjing unit K9 memakai jaket mereka sendiri. Tetapi tahukah anda bahawa jaket ini bertindak sebagai isyarat untuk anjing?

Menurut seorang pengguna Twitter yang pernah menyertai latihan Bomba, @AtiqahSafian, jaket itu digunakan sebagai isyarat kepada anjing bahawa sudah tiba masanya untuk bekerja.

image is not available
Kredit foto: SOSCILI

Satu lagi perkara yang netizen perasan adalah anjing-anjing itu memakai but kecil mereka sendiri tetapi but ini ada untuk tujuan tertentu, tau!

Kata Atiqah lagi, but ini digunakan sebagai perlindungan kaki. But ini penting apabila Unit K9 dikerahkan untuk mencari mangsa dalam kemalangan, di mana tempat kejadian boleh menyebabkan kecederaan pada tapak kaki anjing. Memandangkan anjing Unit K9 tidak banyak, kebajikan mereka mesti dijaga bagi memastikan keselamatan mereka dalam apa jua keadaan.

image is not available
Kredit foto: FB PDRM

3. Seekor anjing boleh melakukan tugas dengan berkesan daripada 10 pegawai polis

Dengan deria bau yang tajam, anjing Unit K9 yang terlatih dapat mengesan dengan cekap perkara yang mungkin mustahil untuk dilakukan oleh pegawai polis – kemahiran yang tidak dapat ditiru oleh teknologi moden.

Menurut PDRM, seekor anjing dan pengendali polis yang terlatih boleh menggeledah bangunan dengan lebih pantas dan berkesan berbanding 10 pegawai. Keputusan hampir terjamin kerana deria bau anjing boleh menghidu dadah, suspek atau mayat.

4. Anjing Unit K9 boleh diberi penghormatan

Atas sumbangan mereka kepada masyarakat, tidak hairanlah anjing Unit K9 akan diberi pengiktirafan sebagai penghargaan atas jasa mereka!

Walaupun pemberian penghormatan kepada anjing Unit K9 adalah amalan biasa di negara yang mempunyai Unit K9, seekor anjing German Shepherd mencipta sejarah di Malaysia apabila menjadi anjing pertama yang dianugerahkan ‘Jasamu Dikenang’ oleh Polis Kontinjen Pahang pada Februari 2020.

image is not available
Lao Wu menjadi anjing pertama dalam sejarah Malaysia menerima pingat ‘Jasamu Dikenang’. Kredit foto: BERNAMA

Anjing tersebut, Lao Wu (yang berusia lima tahun lapan bulan pada masa itu), diberi pingat berkenaan daripada Ketua Polis Pahang pada ketika itu, Datuk Abd Jalil Hassan, atas kejayaannya mengesan seorang suspek curi kenderaan yang melarikan diri sejauh lebih empat kilometer di ladang kelapa sawit di Felda Sungai Tekam, Jerantut, pada 14 November 2019.

image is not available
Lao Wu (tengah) bersama pengendalinya Sarjan S. Sanmugam. Kredit foto: BERNAMA

Pada Mei 2022, seekor lagi anjing German Shepherd bernama Chulio, telah dianugerahkan pingat yang sama oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak selepas berjaya mengesan mayat seorang lelaki warga emas yang hilang pada April 2022.

Menurut laporan, Chulio menemui mayat lelaki itu dalam masa hanya 30 minit berhampiran ladang kelapa sawit di Teronoh. Difahamkan, lelaki warga emas itu telah hilang selama 3 hari sebelum pencarian dilaksanakan dan ditemui lemas.

image is not available
Chulio dengan pingatnya. Kredit foto: FB PDRM

Atas sumbangannya dalam pencarian itu, Chulio telah dianugerahkan pingat ‘Jasamu Dikenang’ dan satu beg kibbles!

Such good doggos!

Baca lagi tentang anjing lain yang menarik perhatian netizen di bawah: