Unit kondominium di Mont Kiara terbakar, seorang mangsa terlibat

11 Dec 2025 • 10:06 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Sebuah unit kondominium di Mont Kiara terbakar di tingkat 27, melibatkan seorang mangsa. Pasukan bomba dari lima balai dikerahkan ke lokasi

KUALA LUMPUR: Sebuah unit di tingkat 27 sebuah kondominium di Mont Kiara terbakar dalam kejadian malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.46 malam.

Kejadian itu dipercayai turut melibatkan seorang mangsa.

“Setakat ini api sudah berjaya dikawal dan anggota bomba masih berada di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hartamas dikerahkan ke lokasi kejadian.

Mereka dibantu oleh pasukan dari BBP Sentul, Titiwangsa, Taman Tun Dr Ismail dan Manjalara. – Bernama