United akan kekalkan khidmat Ten Hag

Football
12 Jun 2024 • 10:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Erik Ten Hag

PENGENDALI Manchester United, Erik Ten Hag akan kekal musim depan walaupun pasukan itu mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan kelapan musim lalu, kata laporan media Britain.

Keputusan itu dibuat selepas semakan prestasi pasukan untuk kempen 2023-24 yang berakhir dengan kemenangan mengejut di final Piala FA ke atas pasukan pilihan, Manchester City.

Sky Sports berkata, Ten Hag sedang membincangkan perjanjian baharu dengan kontraknya memasuki musim terakhir selepas dua tahun berkhidmat.

Sebelum ini, bekas jurulatih Ajax Amsterdam itu mengalami tekanan selepas United mengalami permulaan terburuk dalam satu musim sejak 1962-63 dengan lapan kekalahan dalam 15 perlawanan pertama mereka dalam semua pertandingan.

Mereka mengakhiri saingan liga di tempat kelapan selepas 14 kekalahan dalam 38 perlawanan liga mereka dan tersingkir dari Liga Juara-Juara pada peringkat kumpulan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved