United We Ride – Lebih 10,000 Penunggang Harley-Davidson Bersatu di Asia Pasifik

18 Sep 2025 • 4:45 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Lebih 10,000 penunggang Harley-Davidson dan ahli Harley Owners Group (H.O.G) dari seluruh Asia Pasifik berkumpul pada 6 September 2025 untuk sambutan pertama United We Ride – National Harley Day.

Acara ini bukan sahaja meraikan kebebasan di jalan raya, tetapi juga semangat komuniti dengan penglibatan rider serta dealer dalam aktiviti kebajikan.


Sorotan Utama Acara:

  • Lebih 10,000 penunggang dari seluruh rantau Asia Pasifik.
  • 1.2 juta kilometer ditunggang bersama, membuktikan semangat dan dedikasi komuniti Harley-Davidson.
  • Dana kebajikan: Sumbangan disalurkan kepada pelbagai badan amal. Di Asia Emerging Markets, Harley-Davidson bekerjasama dengan Helmet Heroes untuk membiayai topi keledar bagi kanak-kanak dan penjaga mereka.
  • Ramai penunggang turut menyertai khidmat komuniti termasuk menyokong rumah anak yatim dan golongan kurang bernasib baik.

Kolja Rebstock, Senior VP – International Markets Harley-Davidson berkata:
“Acara ini membuktikan semangat komuniti Harley-Davidson yang bukan sekadar meraikan kebebasan tunggangan, tetapi juga membuat perubahan nyata kepada masyarakat.”

Harley-Davidson merakamkan penghargaan kepada semua penunggang yang menjayakan acara ini.

#UnitedWeRide #HarleyDavidsonAsia

Untuk mengikuti perkembangan terkini Harley-Davidson di Asia Emerging Markets, layari dan ikuti saluran rasmi:
Laman web: www.harley-davidson.com
Facebook: @HarleyDavidsonAsia
Instagram: @HarleyDavidson_Asia
▶️ YouTube: Harley-Davidson Asia
TikTok: @HarleyDavidson_Asia

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved