Unjuran untung bersih United Malacca bagi FY24-25 disemak turun sehingga 18% ekoran peningkatan kos pengeluaran – Kenanga Research

Business & Finance
25 Sep 2023 • 1:07 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Unjuran untung bersih United Malacca bagi FY24-25 disemak turun sehingga 18% ekoran peningkatan kos pengeluaran – Kenanga Research

diyana

25/09/2023 - 13:07

KUALA LUMPUR 25 Sept - Unjuran keuntungan bersih United Malacca Berhad bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2024 dan 2025 (FY24-25) dikurangkan sebanyak 15% hingga 18% berikutan kos pengeluaran yang lebih tinggi pada suku pertama tahun kewangan 2024 (1QFY24).

Kenanga Research berkata prestasi kumpulan pada 1QFY24 adalah mengecewakan disebabkan penuaian yang lebih baik telah diimbangi peningkatan kos pengeluaran dan harga minyak sawit mentah (MSM) direalisasikan yang lebih rendah.

Firma penyelidikan itu berkata iini turut menyumbang kepada kejatuhan keuntungan bersih sebanyak 74% tahun ke tahun (YoY) dalam 1QFY24.

Bagaimanapun, firma itu mengekalkan saranan ‘market perform’ dengan harga sasaran (TP) pada RM5 sesaham, berdasarkan penilaian amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang bertaraf tiga bintang.

Menurut Kenanga Research, keuntungan bersih 1QFY24 kumpulan itu hanya merangkumi unjuran tahun penuh firma dan konsensus masing-masing pada 11% dan 10%.

Walaupun keuntungan bersih United Malacca pada suku semasa telah melonjak lebih 100% suku ke suku (QoQ) kepada RM6.6 juta, firma itu berkata margin kumpulan masih lemah dan turun sebanyak 74% YoY berbanding suku yang sangat kukuh tahun lepas.

“Harga MSM 1QFY24 yang merosot 5% QoQ dan 33% YoY adalah punca utama margin kekal ketat tetapi kos pengeluaran juga lebih tinggi jangkaan walaupun pengeluaran buah tandan segar (BTS) telah naik sebenarnya meningkatkan QoQ serta YoY.

“Oleh itu, marginnya kekal dimampatkan, dengan margin keuntungan sebelum cukai (PBT) untuk 1QFY24 hanya pada 3%, satu pertiga daripada purata 10 tahun kumpulan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Firma itu berkata kos pengeluarannya sepatutnya berkurangan kerana harga baja telah jatuh kira-kira 30% YoY dan penuaian lebih tinggi secara bermusim dijangka berlaku pada 2QFY24.

Bagaimanapun, kumpulan itu bertukar daripada RM10 juta tunai bersih suku lalu kepada RM13 juta hutang bersih (0.9% penggearan bersih) pada 1QFY24 sebahagian besarnya disebabkan lonjakan RM16 juta dalam inventori, daripada RM36 juta dalam 4QFY23 kepada RM52 juta pada 1QFY24.

Pada rehat tengah hari, saham United Malacca tidak berubah pada RM5.10, memberikannya permodalan pasaran sebanyak. - DagangNews.com