UNK Gelvia selebriti khas Shopee Seller Summit 2026

4 Jul 2026 • 4:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

UNK Gelvia selebriti khas Shopee Seller Summit 2026

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Papar yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali  menzahirkan rasa bangga apabila anak jati Papar Gelvia Vanessa Jenny dipilih sebagai Selebriti Khas Shopee sempena Shopee Seller Summit 2026.

Armizan berkata pemilihan Unduk Ngadau Kaamatan Negeri 2026 itu membuktikan anak Sabah mampu menyerlah di pentas nasional menerusi keperibadian, keyakinan diri serta penghargaan terhadap warisan budaya.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Shopee Malaysia atas pengiktirafan yang diberikan kepada Gelvia.

“Pada usia 24 tahun, Gelvia yang merupakan anak ketiga daripada lapan beradik dan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu di Universiti Malaya membuktikan kecemerlangan bukan sekadar diukur melalui pencapaian akademik malah turut terserlah melalui keperibadian dan jati diri,” katanya di sini, Khamis.

Armizan berkata pertandingan Unduk Ngadau bukan sekadar mengangkat kecantikan paras rupa, sebaliknya menjadi platform melahirkan wanita Sabah yang berilmu, bijaksana, berpekerti mulia serta mampu menjadi duta budaya dan warisan negeri.

Beliau percaya nilai-nilai yang ditonjolkan Gelvia menjadikannya inspirasi kepada generasi muda untuk terus mengejar kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

“Saya berharap lebih ramai anak Sabah diberikan peluang mengetengahkan bakat dan potensi mereka di peringkat nasional sekaligus mengharumkan nama wilayah ini di pelbagai platform.

“Terus maju jaya kepada Gelvia dan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai belia Sabah untuk berani melangkah lebih jauh,” katanya.

Terdahulu, Shopee Seller Summit 2026 yang diadakan pada 2 Julai di sini merupakan perhimpunan tahunan utama bagi komuniti usahawan digital, pencipta kandungan dan pemegang baruh e-dagang di Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved