UNL: Portugal jadi 'lauk' Denmark

FootballSports
15 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

UNL: Portugal jadi 'lauk' Denmark

Portugal terpaksa akur tewas 1-4 kepada Denmark dalam perlawanan pertama sejak persaraan bekas kapten, Cristiano Ronaldo, daripada pentas antarabangsa di Braga, malam tadi.

Di hadapan stadium yang dipenuhi penonton, para pemain Portugal mengenakan jersi yang tertera nama Ronaldo serta nombor tujuh semasa lagu kebangsaan dimainkan selepas Ronaldo mengumumkan persaraannya daripada arena antarabangsa menerusi media sosial minggu lalu.

Pierre-Emile Hojbjerg membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti selepas video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan bola terkena tangan pertahanan Selecao, Ruben Dias.

 

 

 

Masuk babak kedua menyaksikan Rasmus Hojlund membuktikan ketajaman dengan meledak dua gol sebelum tambahan jaringan menerusi Joachim Andersen untuk Denmark mendahului 4-0.

Gol tunggal Portugal hadir menerusi Bernardo Silva dalam minit kecederaan.

Keputusan itu menyaksikan Portugal masih kekal di puncak Kumpulan D, Liga Negara-Negara (UNL)  dengan 12 mata, tiga mata di atas Denmark.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved