UNL: Xavi sisihkan bintang Belanda

FootballSports
20 Sep 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UNL: Xavi sisihkan bintang Belanda

THE HAGUE – Jurulatih baharu Belanda, Xavi Hernandez membuat keputusan berani apabila mengetepikan penjaring terbanyak sepanjang zaman negara itu, Memphis Depay daripada skuad 26 pemain bagi menghadapi saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL).

Depay, 32, yang kini beraksi bersama kelab Brazil, Corinthians, sudah menjaringkan 55 gol dalam 112 penampilan antarabangsa, namun namanya tidak tersenarai dalam skuad pertama Xavi sejak mengambil alih tugas daripada Ronald Koeman.

Sebaliknya, Xavi memberikan peluang kepada dua pemain muda, Ruben van Bommel dan Gjivai Zechiël untuk membuat penampilan sulung bersama skuad senior Belanda.

Van Bommel, 22, yang beraksi sebagai pemain sayap kiri PSV Eindhoven, mencuri perhatian selepas menjaringkan dua gol dan menghasilkan dua bantuan jaringan musim ini selepas pulih daripada kecederaan lutut yang panjang.

Dia juga merupakan anak kepada bekas pemain tengah Belanda, Mark van Bommel yang kini membimbing pasukan kebangsaan Belgium.

Zechiël, 22, pula dipanggil selepas mencatat permulaan cemerlang bersama Feyenoord dengan menjaringkan lima gol dalam enam perlawanan Eredivisie musim ini.

Xavi berkata skuad 26 pemain yang dipilih memberi ruang kepadanya untuk menilai pilihan yang ada sebelum menghadapi empat perlawanan Liga Negara-Negara.

“Bagi saya sebagai ketua jurulatih, amat penting untuk memerhatikan mereka dengan lebih dekat dan mengenali mereka dalam beberapa minggu akan datang kerana kami akan bekerja bersama secara intensif buat kali pertama,” katanya.

Belanda akan memulakan kempen menentang Jerman di Amsterdam pada 24 September sebelum berdepan Serbia di Belgrade tiga hari kemudian, diikuti Greece pada 1 Oktober dan Serbia sekali lagi di Eindhoven pada 4 Oktober. – AGENSI

 

The post UNL: Xavi sisihkan bintang Belanda appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved