UNRWA: Serangan Israel ke atas Kota Gaza ancam nyawa kanak-kanak kekurangan zat makanan

22 Aug 2025 • 8:46 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa ribuan kanak-kanak di Gaza yang kini mengalami kekurangan zat makanan berdepan risiko maut jika serangan tentera Israel ke atas Kota Gaza diteruskan tanpa bantuan kecemasan segera.

Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini, berkata data terkini menunjukkan peningkatan enam kali ganda jumlah kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan sejak Mac lalu.

“Kami berdepan dengan penduduk yang sangat lemah, dan mereka kini dihimpit operasi ketenteraan besar yang baharu. Ramai tidak lagi mempunyai kekuatan untuk berpindah, dan ramai daripada mereka tidak akan bertahan,” katanya pada satu sidang media di Geneva.

Beliau menegaskan bahawa kebuluran yang melanda Gaza adalah “buatan dan disengajakan”, dengan makanan digunakan sebagai senjata perang.

Sejak perang Gaza meletus pada Oktober 2023, lebih 110 orang, termasuk bayi dan kanak-kanak, dilaporkan mati akibat kekurangan zat makanan. Keadaan dijangka bertambah buruk sekiranya laluan bantuan kemanusiaan terus dihalang.

Kenyataan Lazzarini itu menambah tekanan antarabangsa terhadap Israel, yang dituduh menggunakan sekatan makanan dan perubatan sebagai sebahagian daripada strategi ketenteraan, sekali gus memburukkan lagi krisis kemanusiaan di wilayah yang sudah lama terkepung itu.

Sumber: Reuters / TRT Global

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved