“Untuk agihkan pada Fatimah” – Fattah Amin Ubah Penama Hibah Takaful Kepada Ibunya

Entertainment
15 Nov 2024 • 4:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang ejen takaful yang bertanggungjawab dalam mengendalikam urusan takaful buat Fattah Amin menyatakan bahawa aktor tersebut tak pernah culas dalam membuat caruman sejak tahun 2015.

Katanya, caruman yang dibuat untuk ibu bapanya itu tetap dilaksanakan walau macam mana keadaannya sekalipun.

“Dalam industri ni kita grow dengan client. Macam-macam perkara dan pelajaran yang dapat untuk always reflect back.”

Baru-baru ini, ejen yang dikenali sebagai Syafique Zainuddin ada bertemu dengan Fattah untuk selesaikan beberapa urusan untuk mengubah penama Hibah Takaful kepada ibunya. Ibu pelakon lelaki itu dijadikan pemegang amanah untuk agihkan hibah pada anaknya Fatimah, jika ada sesuatu berlaku kepada Fattah.

“Kita merancang tapi Allah Maha Merancang. Semoga terus success sahabat. “

image is not available image is not available

Memang kuat betul penangan Fattah Amin ni eh, segala tindak tanduk yang dibuat akan menjadi perhatian orang ramai.

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.