“Untuk kenang-kenangan” – Tebusan Israel Yang Dibebaskan H*m*s Dapat ‘Gift Bag’

Entertainment
21 Jan 2025 • 4:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam, mengeluarkan video di mana mereka membebaskan tiga tebusan Israel pada malam Ahad lalu, terdapat satu perkara yang sangat menarik di dalam video tersebut.

Ketika Romi Gonen, Doron Steinbrecher, dan Emily Damari menaiki kenderaan SUV Red Cross di Gaza, seorang militan Hamas dilihat menyerahkan beg kertas kepada mereka dan beg itu dilekatkan logo Briged Qassam.

image is not available

Menurut laporan CNN, ahli keluarga tebusan itu memberitahu bahawa beg yang diterimanya berisi sijil, rantai dan gambar kenangan, bagaimanapun difahamakn Agensi Keselamatan Dalam Negeri Israel (Shin Bet) telah merampas barangan tersebut.

Media Israel melaporkan, beg itu juga menyimpan gambar tebusan semasa mereka dalam tahanan, peta Semenanjung Gaza dan rantai mempunyai lambang bendera Palestin.

Pun begitu, media Israel menyifatkan beg hadiah itu sebagai propaganda Hamas tetapi kenyataan itu tidak diterima netizen kerana dapat dilihat ketiga-tiga tebusan yang dibebaskan itu berada dalam keadaan baik selain tersenyum dan sempat bergurau dengan tentera Hamas.

Sumber: CNN

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.