“Untuk keselamatan semua” – Ini 3 Pekara Tak Boleh Sebut Dalam Pesawat Walaupun Hanya Gurauan

Entertainment
26 Aug 2023 • 1:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap kali kita naik kapal terbang, mesti kita akan diingatkan akan langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku kecemasan. Kebiasaannya, pramugari atau pramugara akan melakukan demonstrasi keselamatan sebelum kapal terbang berlepas.

Sebagai seorang bekas pramugara, Zarul Umbrella ada berkongsi tiga perkara yang tidak dibenarkan sebut ketika berada dalam pesawat.

Perkara-perkara ini perlu dielakkan dari disebut bagi menjamim keselamatan semua. Korang boleh tengok video penjelasan @zarulumbrella dibawah.

image is not available

 

Bom

image is not available
Gambar hiasan

Perkataan pertama yang semua orang tahu untuk tidak sebut dalam kapal terbang atau pesawat ialah bom. Walaupun hanya sekadar gurauan, perkataan bom sememangnya dilarang untuk disebut ketika korang berada dalam kapal terbang.

Senjata

image is not available
Gambar hiasan

Sekiranya korang berada dalam pesawat atau kapal terbang, jangan sesekali menyebut korang mempunyai sebarang jenis senjata. Ini termasuklah pisau, parang, pistol atau sebarang jenis senjata yang boleh mengancam nyawa penumpang lain.

Rampas

image is not available
Gambar hiasan

Rampas atau hijack juga tidak boleh disebut ketika korang berada dalam pesawat. Sekiranya korang tetap menyebut perkataan itu ketika berada di dalam pesawat, berkemungkinan besar korang akan dikeluarkan serta-merta.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.