'Untuk masa depan Fatima dalam hidup saya.' Fazura dedah keputusan bercerai bukan ringan, dilakukan demi maruah sebagai wanita

LocalEntertainment
25 Sep 2024 • 1:56 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BAHARU berlangsung prosiding sebutan permohonan cerai, pelakon Nur Fazura, 41, menyatakan tindakan nekadnya itu dilakukan demi masa depan dan maruahnya sebagai wanita.

Fazura menerusi Instagram berkata, keputusan yang diambil pada 13 September lalu bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan.

Katanya, ia refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan dirinya.

"Pada hari ini, saya kekal nekad untuk meneruskan keputusan sebelum ini demi maruah sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup saya.

"Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar," kongsinya.

image is not available

Dalam pada itu, pelakon Gol and Gincu itu juga menitipkan ucapan terima kasih kepada para peminat yang tidak henti memberikan sokongan.

"Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada untuk Faz dan Fatima sejak lebih seminggu yang lalu.

"Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada semua," katanya.

Terdahulu, Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah sekali gus mengejutkan ramai terutama para peminat.

image is not available

Permohonan berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atau bercerai secara baik itu difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dan Abdul Fattah bin Mohd Amin, 34, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata tunggal, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sebutan kes permohonan cerai berkenaan ditangguhkan ke 7 Oktober depan.

Sumber: Instagram