“Untuk Pengetahuan, Anak-Anak Tiri, Keluarga & Bekas Isteri Suami Sangat Baik Dengan Saya” – Rossa Sera

EntertainmentLifestyle
9 Jul 2025 • 5:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak semena-mena namanya dipetik oleh isteri kepada bekas suami yang tidak berpuas hati selepas netizen mengungkit kisah lama mereka.

Rossa Sera dilihat memberi komen dipercayai berkaitan dengan kenyataan Fara Salleh sebelum ini yang mengatakan dia berkahwin dengan suami rakan sendiri.

Aku kahwin dengan suami kau dan kau kahwin dengan suami Pika (rakan) yang dah ada anak tiga orang.

Terbaru, Sera telah berkongsi hantaran di Instagram dan meninggalkan komen mengatakan dia tidak perlu membuat apa-apa penjelasan.

Tambahnya, hubungannya bersama keluarga belah suami serta anak-anak tirinya sangat baik malah bekas isteri suaminya juga begitu baik dengannya.

image is not available

image is not available

Netizen turut memberikan komen menasihati Sera untuk tidak melenting dan memberi komen balas kepada kenyataan pihak sebelah sana.

InsyaAllah Sera lebih istiqomah sekarang. Tak perlu balas apa-apa biar Allah tentukan segala.

image is not available

Sera kini menetap di Sabah dan dikhabarkan telah berkahwin dengan seorang lelaki yang sudah mempunyai anak malah dia sendiri pernah merakam video TikTok bersama anak tirinya itu.

image is not available 20 hours ago

"Kau Pun Kahwin Dengan Suami Orang Anak 3" - Fara Salleh Berang Dikaitkan Dengan Kifarah Oleh Netizen, 'Petik' Nama Rossa Sera Pula