Untung bersih FY25 Hong Leong Industries dijangka naik 8% didorong peningkatan permintaan Yamaha Y16ZR, Y15ZR

Business & Finance
20 May 2024 • 10:24 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Untung bersih FY25 Hong Leong Industries dijangka naik 8% didorong peningkatan permintaan Yamaha Y16ZR, Y15ZR

azan

20/05/2024 - 10:24

KUALA LUMPUR 20 Mei - Kenanga Research menjangkakan untung bersih Hong Leong Industries Bhd meningkat sebanyak 8% pada FY25 didorong peningkatan permintaan terhadap model Yamaha Y16ZR and Y15ZR.

Katanya, mereka meningkatkan unjuran jumlah jualan industri kepada 610,000 unit (daripada 585,000 unit) dan jumlah jualan Yamaha kepada 300,000 unit (daripada 287,000 unit).

Bagi tempoh Julai 2024 hingga Jun 2025, firma penyelisikan itu lebih positif untuk kedua-dua industri dan jumlah jualan Yamaha masing-masing sebanyak 620,000 unit dan 310,000 unit.

"Kami mengekalkan pandangan positif terhadap Hong Leong Industries didorong beberapa faktor termasuk menjadi petunjuk penting kepada pengukuhan gig ekonomi menerusi peningkatan permintaan terhadap motosikal bagi memudahkan urusan penghantaran produk dalam talian.

"Gabungannya dengan jenama Yamaha ditambah dengan kedudukan pasaran dominan jenama itu dalam segmen motosikal tempatan meningkatkan lagi daya tarikannya.

"Akhir sekali, ia mempunyai rizab tunai bersih sebanyak RM1.6 bilion, menyediakan peluang yang mencukupi untuk pemerolehan menguntungkan yang meningkatkan pendapatan," katanya dalam satu nota kajian.

Terdahulu, hasil bagi 3QFY24 revenue meningkat sebanyak 2% didorong pelancaran model baharu Yamaha Y16ZR ABS pada Januari 2024 dan pelonggaran kemudahan kredit oleh pembiaya motosikal.

Untung bersih terasnya, bagaimanapun, jatuh 11% terutamanya pada kadar cukai yang lebih tinggi sebanyak 23.6% berbanding 20.5% pada 2QFY24.

"Kami mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi sebanyak RM12.60 berbanding RM11.70 sesaham," katanya.- DagangNews.com