Untung bersih Hextar Global naik 11.18% pada 1QFY25 kepada RM13.5 juta

Business & Finance
23 May 2025 • 4:12 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Untung bersih Hextar Global naik 11.18% pada 1QFY25 kepada RM13.5 juta

image is not available

23/05/2025 - 16:12

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 23 Mei – Untung bersih Hextar Global Bhd pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) meningkat 11.18% kepada RM13.5 juta disokong margin lebih kukuh dalam segmen kimia khas dan pertanian hasil gabungan jualan yang lebih baik.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan turut melaporkan hasil meningkat 2.7% kepada RM238.55 juta, didorong jualan lebih tinggi dalam dua segmen utama itu.

Bagaimanapun, segmen agrokimia untuk buah-buahan mencatatkan prestasi lebih lemah akibat baki stok yang rendah dan permintaan eksport yang lemah.

Tiada dividen diisytiharkan bagi suku tersebut.

Hextar menjangkakan prospek positif bagi industri agrokimia negara yang dijangka terus berkembang sehingga 2030.

Permintaan kukuh bagi kimia khas dijangka berterusan, disokong projek baharu seperti pembinaan loji biofuel di Johor.

Pengarah Urusan Kumpulan, Lee Chooi Keng berkata, syarikat akan terus memberi tumpuan kepada kawalan kos, penggunaan modal secara berhemah serta memperluaskan pasaran dalam segmen kimia khas.

Syarikat turut merancang untuk mengambil peluang daripada peningkatan bermusim jualan buah-buahan, khususnya durian.

Sehingga tengah hari Jumaat, saham Hextar susut satu sen kepada 93.5 sen dengan nilai pasaran RM3.68 bilion, namun mencatat kenaikan hampir 6% sejak awal tahun.- DagangNews.com

standard