Untung bersih ITMAX naik kepada RM25 juta bagi 1QFY26 didorong segmen rumusan infrastruktur digital

LocalBusiness & Finance
25 May 2026 • 6:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Untung bersih ITMAX naik kepada RM25 juta bagi 1QFY26 didorong segmen rumusan infrastruktur digital Image from: Untung bersih ITMAX naik kepada RM25 juta bagi 1QFY26 didorong segmen rumusan infrastruktur digital amree25/05/2026 - 18:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 25 MeiITMAX System Berhad memulakan tahun kewangan 2026 dengan peningkatan keuntungan bersih secara ketara kepada RM25.01 juta bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac 2026. 

 

Menurutnya, prestasi kukuh ini didorong terutamanya oleh pertumbuhan pesat dalam segmen rumusan infrastruktur digital serta peningkatan dalam asas pendapatan berulang kumpulan berkenaan.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia melaporkan hasil kumpulan meningkat kira-kira 29.83% mencecah sebanyak RM65.86 juta berbanding hanya RM50.73 juta pada suku yang sama tahun lalu.


"Segmen rumusan infrastruktur digital menjadi penyumbang utama dengan pertumbuhan sebanyak 47.08% dalam tempoh tersebut," jelas ITMAX menerusi kenyataan berkenaan.


Peningkatan aktiviti projek ini turut melonjakkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak 32.62% kepada RM36.26 juta, berbanding RM27.34 juta bagi tempoh yang sama pada tahun 2025.


Mengulas mengenai pencapaian tersebut, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ITMAX, William Tan Wei Lun berkata, syarikat itu gembira dapat memulakan 2026 dengan pertumbuhan yang kukuh.


Situasi kali ini didorong oleh pengembangan berterusan segmen rumusan infrastruktur digital dan asas pendapatan berulang, serta pelaburan dan pelaksanaan dalam infrastruktur bandar pintar.


"Sepanjang suku ini, kami terus memperkukuh kehadiran di Johor dengan memperoleh kontrak tambahan, sekali gus memantapkan lagi kedudukan kami dalam ekosistem bandar pintar negeri itu," katanya.


ITMAX tetap optimis momentum pertumbuhan ini akan berterusan, memandangkan infrastruktur bandar pintar kini memainkan peranan yang semakin kritikal dalam meningkatkan pengurusan bandar. - DagangNews.com

Terkini standard