“Untung kau dik…” – [VIDEO] Budak 10 Tahun Dapat Nissan GT-R R35 Sebagai Hadiah Hari Jadi

Entertainment
27 Dec 2022 • 6:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sambutan hari ulang tahun kelahiran bukan lagi perkara asing dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Namun, cara meraikan dan hadiah yang diberikan buat insan tersayang pastinya memiliki nilai sentimentalnya tersendiri.

Begitulah dengan perkongsian seorang pengguna TikTok @9tripleone yang memuat naik video mengenai seorang budak lelaki menerima sebuah kereta jenama mewah iaitu Nissan GT-R R35 sempena menyambut hari lahirnya yang ke-10.

Dalam video itu, kereta mewah tersebut disimpan dan dibawa oleh sebuah lori kontena bertutup diiringi beberapa buah Nissan GT-R R35 yang lain menuju ke sebuah lokasi.

Sejurus sampai ke destinasi, budak lelaki itu dihampiri seorang individu yang memakai kostum Optimus Prime dan diberi kotak yang mengandungi kunci kereta tersebut.

“GT-R ini hadiah buat hari jadi awak. Okay, gembira? Selamat hari jadi Amaran,” ujar bapa kanak-kanak lelaki itu.

Budak lelaki yang dipercayai bernama Amaran seperti nama plat yang tertera pada kereta, menunjukkan reaksi terkejut dan tidak menyangka akan menerima sebuah Nissan GT-R R35 sebagai hadiah hari jadinya.

“Ada duit boleh beli segalanya…”

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen video berkenaan meluahkan rasa kagum dan menganggap kanak-kanak berusia 10 tahun itu sangat bertuah menerima hadiah sebegitu daripada keluarga.

image is not available

Difahamkan, model Nissan GT-R R35 telah ditamatkan pengeluarannya untuk memberi laluan kepada model terbaharu yang bakal dikuasakan dengan enjin hibrid.

Model ini menurut pihak Nissan dibuat sebagai “Daily Driving Supercar”, yang sesuai untuk dipandu di litar mahupun sebagai pengangkutan harian.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.