Untungnya! Kucing Terima Hadiah BMW Sempena Hari Jadi, Siap Pakai Baju Man Kajang!

22 Oct 2023 • 8:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan dan juga selebriti media sosial, Haliza Maysuri meraih perhatian netizen apabila menghadiahkan sebuah kereta jenis BMW kepada haiwan kesayangannya.

Diberi nama Money, kucing dengan bulu berwarna hitam dan putih itu turut mengenakan gaun mini yang direka khas oleh pereka fesyen terkemuka, Man Kajang.

“Hari ini Money dapat kejutan daripada papa. Papa beli kereta baharu,” tulisnya pada kapsyen video yang dikongsikan di Instagram.

Difahamkan, ini bukan pertama kali Money menerima hadiah mewah. Sebelum ini, Money turut dihadiahkan rantai emas dengan nilai RM25,850.

Meninjau ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Haliza dan Money dan juga suaminya.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Money menerima layanan seperti seorang puteri, malah kucing bertuah itu pernah menerima rantai emas bernilai RM25,850.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai mengucapkan tahniah kepada Haliza dan suaminya serta Money.
 




image is not available

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved