Untungnya! Selebriti Malaysia Yaya Zahir, Dapat Berlakon Satu Frame Dengan Park Seojoon & Han Sohee

5 Jan 2024 • 10:07 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Untungnya dapat berlakon satu frame dengan Park Seo-joon dan Han So-hee!

Terbaru, Netflix Malaysia telah melancarkan video promosi untuk bahagian kedua “Gyeongseong Creature”, yang menampilkan pelakon utama Park Seo-joon, Han So-hee dan selebriti dari Malaysia iaitu Yaya Zahir.

Untuk pengetahuan, Yaya Zahir ialah seorang pengacara, wartawan, pelakon, penerbit, model, pempengaruh dan juga dikenali sebagai seorang peminat tegar Park Seo-joon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yaya (@yayazahir)

Menerusi video trailer yang dikongsi, Park Seo-joon dan Han So-hee memasuki sebuah bilik dan memegang tiub air parasit Najin dari Segamat.

Kemudian, mereka berdua juga melihat lukisan potret Yaya Zahir, yang dipercayai telah pun bertukar menjadi ‘Malaysia’s Creature’ dan misteri lanjut akan bersambung dalam bahagian kedua drama itu nanti.

Sementara itu, bahagian kedua “Gyeongseong Creature” akan ditayangkan pada 5 Januari hari ini, di Netflix.

Untungnya Yaya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.