UOA Development catat untung bersih RM46.1 juta bagi 1QFY23 didorong pengiktirafan progresif projek pembangunan semasa
azan
22/05/2023 - 15:17
KUALA LUMPUR 22 Mei - UOA Development Berhad mencatatkan untung bersih sebanyak RM46.1 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2023 (1QFY23) berbanding RM25.4 juta bagi suku sama pada tahun sebelumnya.
Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM85.2 juta bagi suku berkenaan berbanding RM54.6 juta pada tahun lalu didorong pengiktirafan progresif terhadap projek pembangunan yang sedang dijalankan, iaitu Laurel Residence dan Aster Hill.
"Penjualan inventori, terutamanya, daripada The Goodwood Residence dan United Point Residence juga menyumbang kepada hasil bagi suku berkenaan.
"Jualan hartanah baharu bagi tempoh berakhir 31 Mac 2023 adalah kira-kira RM124.1 juta yang kebanyakannya diperoleh daripada The Goodwood Residence, Aster Hill dan Laurel Residence.
"Jumlah jualan belum dibil pada 31 Mac 2023 berjumlah kira-kira RM226.3 juta," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Mengulas mengenai prospek, kumpulan itu berkata, mereka akan terus meneroka pembangunan tanah startegik bagi memenuhi objektif. - DagangNews.com


