Upin & Ipin Universe. Berbaloi RM172.80?

EntertainmentGaming
19 Jul 2025 • 12:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seperti yang korang tengok di IG Stories, saya dah pun beli dan main Upin & Ipin Universe di PS5 dan ramai request untuk bagi review sikit. Tentang apa game dia ni? Well, kisah dua ketul budak nama Upin & Ipin berlari sana-sini satu kampung kutip coin dan segala macam barang lain dan lepas tu coin boleh buat beli barang masakan, buku, mainan. Sepanjang berlari sana-sini tu, mereka akan jumpa la kawan-kawan lain dan buat macam-macam aktiviti kanak-kanak. Kita boleh lawan gasing (macam Beyblade), main masak-masak (macam Overcooked), main tangkap serangga pakai jaring (macam Animal Crossing), memancing ikan, dan cari barang-barang yang hilang. Ada juga banyak collectible yang kita dapat collect sepanjang main game ni nanti (kebanyakannya poster episod Upin & Ipin).

Apa yang lebih menarik, kalau selama ni kita tengok Kampung Durian Runtuh ni kat dalam animasi Upin Ipin je, sekarang kita betul-betul boleh explore satu kampung tu. Boleh tengok apa ada kat belakang rumah Tok Dalang, apa ada kat tepi rumah Jarjit, apa ada kat bawah rumah Opah, sampai ke kedai dan workshop motor pun ada. Boleh kata memang besar map game ni. Grafik dia lawa ya guys bila main dekat PS5 Pro. Saya tak suggest korang main kat platform lain terutama Nintendo Switch. Kalau GPU komputer korang power, boleh la main kat Steam.

Kekurangan game ni pun banyak juga. Main kejap je rasa repetitive mungkin sebab kau dah tua. Kalau budak-budak main, ok jer la kot? Lepas tu ada banyak glitch sampai beberapa kali saya kena masuk ke main menu, dan start game balik. Tapi ni semua boleh fix dengan patch (dan pagi tadi dah ada update pun). Oh ya, saya tak suka mata semua karakter dalam game ni. Mata diorang ni tak nampak hidup macam dalam kartun dia. Dialog pun agak cringe dan tak kena. Tapi semua komplen saya ni, tak membuatkan saya rasa game ni tak best dan semua tu boleh mereka betulkan anytime sahaja melalui update.

Game ni boleh main 2 orang secara bersebelahan tapi dia bukan split-screen ya, tapi dalam satu scene yang sama. Jadi, kita boleh buat aktiviti sama-sama. Ini banyak orang report glitch dekat kamera tapi saya rasa update pagi tadi dah fixed problem ni. Saya main seorang sahaja jadi boleh pilih nak pakai Upin atau Ipin pada bila-bila masa cuma saya rasa, pakai mana-mana pun sama je yang sorang lagi tetap akan jadi saka yang ikut je kau pergi mana dan buat apa. Dia langsung tak membantu buat apa-apa mission pun. Haha! Senang cerita, letih kalau main sorang dan itu yang buat kau rasa banyak sangat pengulangan benda yang sama.

image is not available

Adakah game ini berbaloi pada harga RM172.18? OK macam ni lah. Game ini dibangunkan developer tempatan, untuk IP tempatan juga memang buat saya gembira akhirnya dapat main game di PS5 yang dialog dan menu boleh pilih Bahasa Melayu (selain English).

Jawapan jujur Khai: Tidak. Dari sudut nilai dan polish game ni, ia lebih sesuai dikategorikan sebagai indie game. Harga tu macam Triple-A title tapi kualiti belum sampai tahap tu. Tapi… kalau korang beli sebab nak sokong developer tempatan dan rasa bangga dapat main game lokal dalam Bahasa Melayu, then yes, sokonglah. Khai beli pun atas sebab tu. Kita dah biasa sokong game luar, tapi bila ada developer Malaysia keluarkan sesuatu yang besar macam ni, jangan lokek pula nak bagi peluang.

Saranan Khai? Tunggu masuk sale dulu baru beli. Tapi kalau nak beli sekarang pun, tak rugi sangat asalkan korang tahu apa yang korang bayar tu bukan untuk kesempurnaan, tapi untuk sokongan dan nostalgia.


The post

appeared first on

.