Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) dan Ithbat KAFA Pratahfiz (IKP) Tahun 2026 akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan di seluruh negara.
Pelaksanaan ini melibatkan komponen pentaksiran berterusan, peperiksaan bertulis dan pentaksiran hifz al-Quran yang akan dilaksanakan secara serentak mengikut tarikh yang ditetapkan oleh JAKIM.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2026 yang diumumkan oleh JAKIM menerusi https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia.

Apakah UPKK?
Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Terdapat 9 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) mulai tahun 2024 iaitu
- Amali Solat
- Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
- Tilawah Al-Quran
- Pelajaran Jawi dan Khat
- Sirah
- Ibadah
- Aqidah
- Adab (Akhlak Islamiah)
- Lughah Al-Quran
Format Baru Penilaian UPKK
5 Perubahan Format UPKK iaitu:
- Subjek Tilawah AlQuran daripada dua kertas menjadi satu kertas.
- Ulum Syariah dipecahkan kepada dua matapelajaran iaitu “UPKK 02 Akidah” dan “UPKK 07 Ibadah”. Pecahan ini menyebabkan UPKK menjadi 9A.
- Bagi subjek Adab sebelum ini ada kertas 1 dan kertas 2. Format baru Adab menjadi 1 kertas sahaja.
- Tempoh masa bagi ujian bertulis bagi semua kertas ditetapkan selama 1 jam 15 minit sahaja berbanding sebelum ini ada kertas 1 jam 30 minit dan ada juga 2 jam.
- Setiap subjek akan ada soalan berkaitan dengan perkara asas. Perkara asas ini akan ditanya di bahagian A setiap subjek.
Kredit : Ustazah Azizah





DAPATKAN KOLEKSI VIDEO SILIBUS KAFA KHUSUS UNTUK PELAJAR TAHUN 1-5 DI SINI: DOWNLOAD
Kelebihan Mengambil Peperiksaan UPKK
UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.
Peperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.
Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.
Tarikh Ujian UPKK 2026
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menetapkan bahawa Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) akan bermula mengikut ketetapan berikut:
- Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI): 29 Jun hingga 28 September 2026
- Amali Solat: 29 Jun hingga 28 September 2026
- Pentaksiran Al-Quran : 28 September hingga 16 Oktober 2026
- Peperiksaan Ithbat KAFA Pratahfiz (IKP) : 3 hingga 6 Ogos 2026
- Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2026 : 2 hingga 5 November 2026
Jadual Ujian UPKK 2026
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengumumkan tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) seperti berikut:
Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (UPKK) & Ithbat Kafa Pratahfiz (IKP) Tahun 2026
JAKIM amat prihatin dan mengambil berat dengan keputusan yang telah ditetapkan serta amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini.
Berikut dikongsikan tarikh penting dan jadual UPKK 2026 yang dikongsikan oleh JAKIM menerusi kenyataan media terkini.

Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan UPKK?UPKK merupakan mekanisme pentaksiran kebangsaan yang dilaksanakan oleh JAKIM bagi menilai tahap penguasaan, kefahaman dan penghayatan murid Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) terhadap pendidikan Islam secara menyeluruh.
Apakah kepentingan menduduki peperiksaan ini?Peperiksaan ini penting untuk kemasukan ke sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan selepas Tahun 6.
Berapakah jumlah subjek yang bakal diambil oleh murid?9 mata pelajaran iaitu:
– Amali Solat
– Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
– Tilawah Al-Quran
– Pelajaran Jawi dan Khat
– Sirah
– Ibadah
– Aqidah
– Adab (Akhlak Islamiah)
– Lughah Al-Quran
Murid yang memasuki Tahun 5 atau 11 tahun layak menduduki peperiksaan ini.
Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI): 29 Jun hingga 28 September 2026
Amali Solat: 29 Jun hingga 28 September 2026
Pentaksiran Al-Quran : 28 September hingga 16 Oktober 2026
Peperiksaan Ithbat KAFA Pratahfiz (IKP) : 3 hingga 6 Ogos 2026
Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2026 : 2 hingga 5 November 2026
Maklumat Lanjut
Untuk info terkini mengenai Ujian Penilaian Kelas KAFA 2026, sila rujuk maklumat sahih melalui :
- Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
- Portal SIMPENI : https://simpeni.islam.gov.my/
- Portal SIMPENI: Login & Semakan UPKK (JAKIM)
- Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Unit Peperiksaan, Bahagian Pendidikan JAKIM atau di talian 03-8870 7575/7560/7567.
Baca juga: Semakan Keputusan PSPM Semester II & IV- Peperiksaan Semester Program Matrikulasi





