UPKK, IKP 2026 dilaksana ikut jadual, bermula 29 Jun

24 Jun 2026 • 4:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

UPKK, IKP 2026 dilaksana ikut jadual, bermula 29 Jun

PUTRAJAYA, 24 JUN: Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) dan Ithbat KAFA Pratahfiz (IKP) Tahun 2026 akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan di seluruh negara bermula 29 Jun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pelaksanaan ini melibatkan komponen pentaksiran berterusan, peperiksaan bertulis dan pentaksiran Hifz al-Quran yang akan dilaksanakan serentak mengikut tarikh yang ditetapkan jabatan itu.

Pelaksanaan UPKK dan IKP Tahun 2026 melibatkan beberapa komponen pentaksiran seperti berikut, iaitu komponen Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) diadakan pada 29 Jun hingga 28 September mengikut waktu persekolahan.

Amali Solat (29 Jun-28 September); Pentaksiran al-Quran (28 September-16 Oktober); ITHBAT KAFA Pratahfiz (IKP) - Hifz al-Quran (3-6 Ogos) masing-masing dilaksana mengikut waktu persekolahan, manakala Peperiksaan Bertulis UPKK (2-5 November) yang dilaksana mengikut jadual peperiksaan yang ditetapkan.

Beliau berkata UPKK merupakan mekanisme pentaksiran kebangsaan yang dilaksanakan oleh JAKIM bagi menilai tahap penguasaan, kefahaman dan penghayatan murid Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) terhadap pendidikan Islam secara menyeluruh.

“Selaras dengan usaha memperkukuh kualiti pendidikan KAFA, pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan turut memberi penekanan kepada aspek pengetahuan, kemahiran dan penghayatan nilai Islam dalam kehidupan seharian,” katanya.

Sirajuddin berkata semua calon yang berdaftar untuk menduduki UPKK adalah wajib mengikuti PCHI dan Amali Solat sebagai sebahagian daripada komponen penilaian keseluruhan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved