
SIPITANG: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) berhasrat bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN17) akan datang.
Presidennya, Datuk Ewon Benedick berkata, pihaknya juga sudah mengenal pasti beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan lebih 10 kerusi.
Menurutnya, dengan memenangi lebih banyak kerusi pada PRN17, Upko mahu menyumbang lebih baik terhadap pembangunan negara khususnya dalam pentadbiran kerajaan negeri.

