‘Upload’ Gambar Di IG, Netizen Kecewa Dengan Gaya Hijab Hana Ismail – “Kenapa Tudung Jadi Singkat Pulakkk”

28 Dec 2022 • 1:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hampir setiap hari sejak mereka mendirikan rumah tangga, pendakwah selebriti Dai Syed sering berkongsi kemesraan bersama isteri, Hana Ismail di media sosial.

Malah, sesetengah netizen sudah mula berasa muak dan ‘annoyed’ dengan konten dimuat naik oleh pasangan ini kerana dikatakan terlalu ‘over’.

image is not available 3 minggu lalu

"Tak Perlu Menunjuk Bahagia Tu Sangat" - Sering Kongsi Video Romantis, Ramai Meluat Tengok Da'i Syed Dan Isteri

Terbaru, penampilan Hana yang juga merupakan pengacara TV meraih perhatian netizen selepas dia memuat naik beberapa gambar termasuklah bersama suami tercinta.

Menerusi hantaran di Instagram itu, Hana dilihat menggayakan jubah serta tudung bertemakan warna putih dan hitam namun ramai berasa kurang senang dengan gaya hijab terbarunya pula.

Segelintir individu meluahkan rasa kecewa mereka dan mendakwa tudung pengacara berusia 36 tahun itu semakin singkat berbanding sebelum ini yang labuh menutupi dada.

Meskipun dikritik sesetengah orang, ramai pengikut Hana di Instagram menyebelahinya dan berkata ia tidak menjadi masalah asalkan tidak menampakkan bentuk yang tidak sepatutnya.

Terdahulu, Hana dan Syed dinikahkan pada 3 Disember lalu di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

image is not available