
Pelakon, pelawak dan pengacara iaitu Fikry Ibrahim dilihat sering memuat naik video parodi memaparkan dirinya seolah-olah menyertai khutbah di negara lain.
Baru-baru ini, pelakon berusia 28 tahun itu sekali lagi mencuri perhatian orang ramai apabila membuat video sedang mendengar khutbah Jumaat di Korea Selatan.
Menerusi video tersebut, Fikry atau nama penuhnya Ahmad Fikry bin Ahmad Ibrahim dilihat membuat ‘mini love’ ketika dia kononya sedang mendengar khutbah tersebut.
Bagaimanapun, perkongsian video tersebut telah mengundang kemarahan netizen memandangkan terdapat imam yang disegani di Korea Selatan iaitu Imam Abdullah Al-Kory di dalam video parodi berkenaan.
Bukan itu sahaja, rata-rata pengguna media sosial turut menganggap pelakon Hero Seorang Cinderella seolah-olah tidak menghormati budaya dan agama orang Islam di luar negara.
DIJEMPUT SOLAT DI KOREA pic.twitter.com/jVjr4tNlO8
— FIKRY IBRAHIM (@AfikryAibrahim) February 24, 2023
Meninjau di ruangan balas, netizen turut mengatakan tindakannya itu agak berbeza berbanding video parodi sebelum-sebelum ini dimana dia hanya duduk diam sambil mendengar khutbah walaupun tidak memahami bahasa yang digunakan.
Malah, ramai yang meminta Fikry untuk memadam video parodi berkenaan dan berhenti untuk mempersendakan agama sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Dah 4 Bulan Adam Shahz Tak Jumpa Anak, Fatin Afeefa Tetap 'Berkeras' - "Mungkin Ada Syarat Yang Dia Tak Setuju"
The post ‘Upload’ Video Parodi Dengar Khutbah Di Negara Lain, Netizen Minta Fikry Ibrahim Berhenti Persendakan Agama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



![Baru Berusia 16 Tahun, Atlet Muay Thai Negara Tumbangkan Lawan Dari Thailand Dalam Masa 16 Saat [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/sports.jpeg)