“Padam sajalah…” – Video Fikry Ibrahim Undang Kecaman Netizen, Dianggap Persendakan Agama?

Entertainment
27 Feb 2023 • 3:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai di antara selebriti kini menggunakan media sosial sebagai salah satu cara untuk melakukan content dan mencari rezeki tambahan. Antara selebriti yang aktif di media sosialnya ialah pelakon, pelawak dan pengacara Fikry Ibrahim.

Sebagai pelawak, ramai yang menantikan content daripadanya, namun baru-baru ini dia telah mengundang kecaman netizen apabila video pendeknya yang dimuat baik dikatakan tidak menjaga sensitiviti agama.

Fikry memuat naik sebuah video sedang mendengar khutbah Jumaat di Korea Selatan, namun apa yang membuatkan netizen marah ialah ketika dia sedang ‘mendengar’ khutbah itu, pelawak tersebut sempat membuat gesture mini love.

Ramai yang merasakan perkara itu tidak sopan dan agak kelihatan kurang ajar, lebih-lebih lagi teks khutbah itu dibacakan oleh seorang imam yang disegani di Korea Selatan iaitu Imam Abdullah Al-Kory.

“Macam hambar je”

Video berkenaan mengundang kecaman netizen, ramai yang merasakan ia tidak seperti video-videonya yang sebelum ini di mana dia hanya duduk dan mendengar khutbah.

Sebaliknya, video kali ini memperlihatkan dia membuat pergerakan seolah-olah tidak menghormati khutbah tersebut.

image is not available

Hmm, harap takde dah lah lawak macam ni…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.