UPSI pertimbang buka hospital swasta pertama di Tanjung Malim

LocalHealth & Fitness
5 Aug 2026 • 4:41 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: UPSI pertimbang buka hospital swasta pertama di Tanjung Malim

TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merancang membuka sebuah hospital swasta pertama di sini bagi menampung keperluan kesihatan pelajar dan staf antarabangsa yang semakin meningkat.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, usaha itu merupakan perancangan strategik UPSI dalam mempersiapkan kemudahan sokongan yang bersesuaian dengan perkembangan semasa dan keperluan komuniti.

“UPSI kini sedang menilai potensi kerjasama dengan pihak hospital swasta termasuk meneliti model perniagaan yang sesuai bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

“Kita sedang berusaha mendapatkan mana-mana hospital swasta, hospital pakar swasta untuk beroperasi di Tanjung Malim ataupun dalam tanah kita di UPSI. Kita sedang melihat bagaimana konsep model perniagaannya,” katanya di UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, di sini hari ini.

Katanya, perancangan tersebut selari dengan keperluan masa depan apabila UPSI dan Tanjung Malim terus berkembang sebagai pusat pendidikan serta komuniti yang semakin memerlukan kemudahan sokongan berkualiti.

“UPSI turut mempunyai aspirasi jangka panjang membangunkan kemudahan persaraan di Tanjung Malim yang membolehkan warga universiti yang telah bersara terus kekal berhubung dengan kampus.

“Inisiatif itu termasuk cadangan pembangunan resort persaraan sebagai salah satu usaha mewujudkan komuniti pesara UPSI di situ,” katanya. – UTUSAN

The post UPSI pertimbang buka hospital swasta pertama di Tanjung Malim appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved