Pelajar UPSI harumkan nama negara di Amerika Syarikat

WorldTechnology
30 Jul 2026 • 4:23 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelajar UPSI harumkan nama negara di Amerika Syarikat

TANJUNG MALIM: Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengharumkan nama negara di persada dunia apabila mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Dunia ‘Adobe Certified Professional’ (ACP) yang berlangsung di Anaheim, California, Amerika Syarikat semalam.

Menurut Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md. Taff, kejayaan Muhammad Fawwaz Haiqal Mohd. Fuaad itu amat membanggakan kerana kejohanan itu melibatkan 203 peserta dari 45 negara.

“Kejohanan itu menguji kemahiran peserta dalam mereka bentuk poster kreatif menggunakan Adobe Photoshop, Illustrator dan InDesign.

“Muhammad Fawwaz menerima hadiah wang tunai AS$2,000 (kira-kira RM8,183.27) adalah pelajar program pendidikan teknologi maklumat UPSI, ” katanya di sini, hari ini.

Katanya, pencapaian pelajar itu bukan sahaja menyerlahkan keupayaan luar biasanya dalam kejohanan tersebut tetapi mengangkat nama UPSI dan negara sebagai lubuk bakat digital bertaraf dunia.

“UPSI akan terus melahirkan bakat digital bertaraf antarabangsa melalui latihan dan pensijilan profesional.

“Kami juga berharap lebih banyak institusi bersama-sama memperkukuh pembangunan bakat digital demi menjadikan Malaysia sebagai antara peneraju kreativiti dan inovasi digital di rantau ini,” katanya. – UTUSAN 

The post Pelajar UPSI harumkan nama negara di Amerika Syarikat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved