UPSI Tawar Program Baharu Sarjana Muda Komunikasi (Pembangunan Kandungan) Dengan Kepujian

Digital
13 Sep 2025 • 2:00 PM MYT
Bazli Razak
Bazli Razak

Media Officer, Corporate Comm Division, Sultan Idris Edu University (UPSI).

Image from: UPSI Tawar Program Baharu Sarjana Muda Komunikasi (Pembangunan Kandungan) Dengan Kepujian
Sekumpulan pelajar UPSI di UPSI Digital Library. Kredit Foto: Hasniza

TANJONG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Jabatan Komunikasi dan Media (JKOM), Fakulti Bahasa dan Komunikasi akan memperkenalkan program baharu iaitu Sarjana Muda Komunikasi (Pembangunan Kandungan) dengan Kepujian.

Program pengajian berkenaan memberi fokus kepada penciptaan, pengurusan dan penyampaian kandungan digital merentas pelbagai platform media.

Program berkenaan menggabungkan elemen kreatif, teknologi dan strategi komunikasi bagi melatih pelajar menghasilkan kandungan berkualiti yang memenuhi keperluan industri media, pemasaran digital, pendidikan dan hiburan.

Ia ditawarkan dalam dua mod pengajian iaitu konvensional dan industri (2u2i) yang berlangsung selama tujuh semester.

Melalui mod konvensional, pelajar akan mengikuti pelbagai kursus berkaitan komunikasi, media dan pembangunan kandungan, manakala mod industri (2u2i) memberi peluang pelajar mengikuti kursus bersama penyelia industri di organisasi terkemuka.

Antara rakan industri yang terlibat termasuk Oh My Media, Skop Production Sdn Bhd, Noir, Max Bell, IPPTAR dan Aaron Aziz Production.

Selain itu, program tersebut memberi pendedahan praktikal kepada pelajar menerusi peralatan khusus seperti konti radio TMFaceLive serta studio penyiaran Sonique Studio dan Soundscape bagi tujuan pengendalian kamera, penyuntingan video dan audio menggunakan perisian profesional.

Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Profesor Madya Dr. Mazura @ Mastura Muhammad berkata, pelaksanaan program itu seiring dengan permintaan industri yang memerlukan tenaga kerja mahir dalam pembangunan kandungan digital.

“Melalui program ini, UPSI berhasrat melahirkan graduan yang bukan sahaja kreatif dalam menghasilkan kandungan tetapi juga mempunyai kemahiran teknikal dan strategi komunikasi yang diperlukan oleh pelbagai sektor.

Beliau berkata, dengan kerjasama industri melalui mod 2u2i, pelajar bukan sahaja menerima ilmu di bilik kuliah, malah mendapat pengalaman langsung di syarikat media dan organisasi berkaitan yang mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

“Kami yakin program ini mampu menjadi antara peneraju dalam melahirkan tenaga kerja profesional yang berdaya saing dalam era digital, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi kreatif negara,” Ujar beliau.

Graduan program berkenaan dijangka berpeluang menceburi pelbagai kerjaya seperti pembangunan kandungan digital, pereka grafik dan multimedia, pakar pemasaran digital, penulis kandungan, pengurus media sosial, penerbit video, pakar strategi kandungan, pakar penjenamaan serta pakar pemasaran berasaskan pempengaruh.


Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.