Menteri di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Fadhlina Sidek memaklumkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dikembalikan, lapor Harian Metro.
Beliau berkata demikian ketika disoal berikutan ramai ibu bapa mahukan UPSR dikembalikan sebagai penanda aras pencapaian anak-anak mereka.
UPSR tidak akan dikembalikan – Fadhlina Sidek
Maklum Fadhlina, usaha KPM pada ketika ini adalah memberi tumpuan kepada Tinjuan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027. Ia bertujuan bagi membangunkan kurikulum persekolahan baharu demi memastikan pendidikan masa depan lebih kukuh.
“Ini kerana kita mahu libat urus yang meluas untuk (mendapatkan) input-input bagi memperkukuhkan sistem pendidikan negara.
“Apatah lagi, sekarang ini kita nak beri tumpuan kepada pentaksiran holistik kepada anak-anak kita khususnya pembangunan mereka secara keseluruhan bagi memastikan antaranya karakter (murid dan pelajar) boleh diperkukuhkan,”ujarnya.
Fadhlina juga meminta para ibu bapa diminta untuk memberikan tumpuan kepada usaha KPM yang akan mengadakan jelajah atau jerayawara berhubung kurikulum baharu ini.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal hadir merasmikan Pelancaran Taman Angkat Amanita Taman Pekaka, di sini, hari ini.
DIfahamkan, pelaksanaan tindakan segera dilakukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran dijalankan secara efektif dengan merujuk kepada aras yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Menteri Pendidikan sebelum ini, Dr Radzi Jidin. Radzi memaklumkan UPSR dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun 2021 selepas selepas hasil libat urus dengan pelbagai pihak sejak peperiksaan berkenaan dibatalkan susulan Covid-19.
Sumber: Harian Metro (Nur Izzati Mohamad)
The post UPSR Tidak Akan Dikembalikan, Tumpu Kepada Kurikulum 2027- Fadhlina Sidek appeared first on Borak Daily.
