Pelakon Uqasha Senrose dilihat kekal tenang berdepan komen negatif meskipun isu pergolakan rumah tangganya terus hangat diperkatakan warganet.
Walaupun menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai, pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen memilih untuk tidak melayan provokasi dan menumpukan perhatian kepada dirinya serta keluarga.
View this post on Instagram
Menerusi tinjauan media, Uqasha menerima komen berbunyi ‘kacip’istilah bernada negatif pada hantaran terbarunya di media sosial. Namun, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu tampil menegur secara sopan.

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu atas alasan tiada persefahaman dengan suaminya, pelakon Kamal Adli.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Allah Sentiasa Bersama Mu..." - Hantaran Terbaru Aliff Aziz Raih Perhatian, Alunan Bacaan Al-Quran Dipuji Lunak
The post “Uqasha, ‘Kacip’ Tu Apa Ya?” – Respon Uqasha Senrose Terhadap Individu Ini Jadi Tumpuan Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


