“1.1.2025 terima lafaz cerai” – Pempengaruh Fatin Nabila Kongsi Dugaan Besar Sepanjang Tahun Ini

LocalFamily & Parenting
24 Nov 2025 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Satu perkongsian daripada pempengaruh Islamik iaitu Fatin Nabila meraih perhatian selepas dia mendedahkan dugaan-dugaan besar yang dia alami sepanjang tahun 2025.

Dalam perkongsiannya itu, setiap pendedahan yang dibuat oleh Fatin Nabila membuatkan ramai terkejut terutamanya mengenai pergolakan rumah tangganya di sebalik penampilannya yang sentiasa nampak tenang.

“Tak sangka juga, melalui semua ujian ini”

image is not available

Antara dugaan besar yang mengejutkan adalah permulaan tahun baru yang begitu suram di mana pada tarikh 1.1.2025 dia menerima lafaz cerai pada malam tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Fatin Nabila juga terima kerugian lebih daripada RM 400,000.00 pada awal tahun 2025.

“Mengalami banyak kehilangan (setiap malam sesak dada menyelesaikan masalah), 6 bulan trauma mimpi benda yang sama iaitu ‘dipukul, dimaki hamun dan dihina’.”

image is not available

Jelasnya, banyak lagi dugaan yang dia terima namun memilih untuk merahsiakannya. Bagaimanapun, Fatin melihat ujian itu semua sebagai tanda untuk lebih matang dan pembentukan dirinya.

Rata-rata netizen di ruangan komen memberikan sokongan moral terhadap Fatin dan mendoakan agar Fatin dipermudahkan urusan dan mendapat jodoh baru yang lebih elok.

Sumber : Instagram 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.